dideal_2004 Publish time 12-4-2006 11:13 PM

Originally posted by k.long at 12-4-2006 04:44 PM
Assalamualaikum semua.

Disini k.long just nak bg tahu untuk ibu-ibu yg ingin tahu lanjut mengenai salindah. boleh lah hadir (Untuk zon utara ya)
berminat boleh bg tahu dgn k.long atau datang t ...

kak long~ cantik banner tu
sape-sae kat area sana boleh le attend talk pasal salindah

[ Last edited bydideal_2004 at 12-4-2006 11:14 PM ]

owencute Publish time 13-4-2006 10:49 AM

Penat baca dr page 1... nampak ader percanggahan pendapat jugak pasal B6 ni...dr pengalaman owen sendiri dua2 anak owen makan salindah ni tapi anak yg pertama tak sempat nak makan B6....masa anak pertamatu 9 jam dalam labour room dan kena induce..hampir2 nak kena forcep sebab dah takde tenaga...anak kedua.. dua -tiga kali teran dah kuar.. memang owen ambik B6 ni sampai kat dalam labour room..memang senang sangat bersalin kali ni..cuma yg owen ingat memang lepas bersalin tu..memang rasa RENGAT (betul ke ejaan ni) tu kuat sampai mintak pain killer.. .Dari segi anak dua2 memang tulang keras..sedap nak pegang.... Owen rasa mungkin salindah ni bergantung kepada penerimaan badan seseorang tapi kalau rasa was-was dan takut better stop... tapi pada owen untuk the next (tak tahu biler) owen akan tetap ambik sebab memang masa peknen badan bertenaga jer..

harubiru Publish time 15-4-2006 11:01 AM

Sori, nak menyibuk jugak tapi bukan pengalaman sendiri tapi pengalaman isteri saya makan Salindah masa kandungan pertama. Sepanjang mengandung, tak nampak letih walaupun semasa sarat banyak bekejar ke sana-sini sebab kes ayah sakit dan koma di hospital kat kampung. Kemudian apabila arwah meninggal terpaksa settlekan keje-keje ofis yang tertangguh & nak delegate tugasan masa pantang. Memang masa tu banyak berulang-alik dari Ipoh ke KL sedangkan masa tu dia dah 8 bulan lebih mengandung. Air ketubannya pecah pada tgh malam minggu yang ke 37 dan pada masa tu dia makan B5 sebiji kemudian bila rasa sakit sesangat dia telan B6 lepas tarik nafas dalam-dalam. Dia sempat tidur dari pukul 2 sampai 5 ( dalam keadaan lena tak lena )kemudian buang air besar , mandi pastu solat Subuh. Lepas tu baru kami gi hospital Selayang. Masa dalam kereta ni dia kata dah tak tahan dah. Sebaik saja sampai kat hospital & nurse check terus kena masuk labour room sebab dah terbuka 10 cm & rambut baby pun dah nampak. Jadi sekejap sajalah dia kat situ dalam 10 minit baby dah keluar. Baby pun sihat, keras tulangnya dan aktif. Tali pusat dia pun cepat tertanggal tanpa ada kesan luka. Selepas itu, isteri saya memberi baki ubat B4, B5 & B6 kepada isteri kawan sepejabat kami yang kebetulan sedang sarat mengandung juga waktu tu. Selepas makan ubat tersebut dalam 8 hari, dia pun bersalin pada usia kandungan 37 minggu juga. Yang ni keluar air pukul 12 tengahari terus bawa hospital pukul 3 petang dah keluar babynya. Sekarang ni, isteri saya mengandung untuk kali ketiga dan dah nak masuk 37 minggu. Mudah-mudahan dia dapat bersalin dengan mudah seperti yang pertama sebab dia ambil Salindah juga kali ini. Tapi itu rezeki masing-masing, kita cuma boleh berusaha tapi Tuhan yang menentukan apa nasib kita di masa depan.......

Diba_79 Publish time 16-4-2006 11:13 AM

fuh...teliti gak br.harubiru ni. Siap tau apa yg diamik wife.... :clap:

Asdira Publish time 17-4-2006 02:23 AM

dok pikir lagi ni...

nak amik ke tidak??

nak amik ke tidak??

lonely_surina Publish time 17-4-2006 10:50 AM

Originally posted by dideal_2004 at 12-4-2006 11:11 PM



aiskacang~kalau ikut jadual rencana salindah, mmg kena start dr minggu ke 12 atau boleh juger start minggu ke 10. start dgn B1
kalau 7 bulan means u kena start dgn B3 jer la sdgkan B1 antara ...
di, nak tanye ni... kazen su minta tolong ni.. boleh ke makan b3 n b4 ni sama2?? sebab dia baru masuk 8 bulan.. dia kate b3 ade setengah botol lagi.. mcm mane ni?? lepas tu, b4 ni kaler kuning ker ubat dia??

B3 Mulai minggu ke 28 hamil ~Memberi zat untuk pembinaan saraf dan otak anak. Menghilangkan masalah takut, cemas dan bimbang. Mencegah simpul biawak atau krem betis. Mendatangkan ketenangan bagi menghadapi hari bersalin.

B4 Mulai 4 minggu sebelum bersalin ~Remedi ini istimewa untuk mengawal alamat sebelum jangkaan alamat palsu, menghilangkan sakit bersalin, sakit urat dan otot, menyediakan saluran peranakan dengan mengendurkan dan menganjalkan otot - otot pencerut kawasan saluran peranakan. Memudahkan kelahiran bayi. Menghilangkan perasaan takut dan cemas.

lonely_surina Publish time 17-4-2006 10:51 AM

asdira, baik u amik salindah ni...

angelina_jollie Publish time 18-4-2006 09:12 AM

AJ pun ambik salindah ni dr 4 bln....so rugi B1 tu utk sebulan le.....xpe le tu.......

tp memang beza dgn 1st peknen....1st peknen teruk sgt bdn....lembik...letih...lesu....

muntah..pening sampai perut dah besar pun....

la ni mkn salindah ok je....xde pening muntah,xde krem kaki....bdn pun btenaga je....

xde le blk keje tu tbaring je.....d xde sakit pinggang....mcm2 le.....

AJ memang dpt bezakn dgn yg 1st dulu....seksa bdn.....

skang ni 5 1/2 bln....ok je cuma sakit tulang montot coz nk meregang je....

yg lain semua ok.......tp utk B6 tu rasanye nk kurangkn dos die nanti.....

owencute Publish time 18-4-2006 09:17 AM

su, cakap ngan cousin boleh makan dua2 sekali B4 dan B5.. owen dulu masa peknen pun buat benda yg sama.. takde masalah

Asdira Publish time 19-4-2006 11:31 PM

Originally posted by lonely_surina at 17-4-2006 10:51 AM
asdira, baik u amik salindah ni...


lonely surina...
insya'allah ..dira amik salindah ni setelah discuz dgn hubby...:hatdown:

dideal_2004 Publish time 20-4-2006 11:22 PM

Originally posted by lonely_surina at 17-4-2006 10:50 AM

di, nak tanye ni... kazen su minta tolong ni.. boleh ke makan b3 n b4 ni sama2?? sebab dia baru masuk 8 bulan.. dia kate b3 ade setengah botol lagi.. mcm mane ni?? lepas tu, b4 ni kaler kuning ke ...


su, mcm yg owen ckp tu
leh amik sama-sama b3 dan b4
cuma petua dia jgn kemam sama, pastikan ada jarak antara 2-3 jam
ikut dos yg ditulis di botol pastu kemam berasingan antara b3 dan b4

dideal_2004 Publish time 20-4-2006 11:26 PM

Originally posted by harubiru at 15-4-2006 11:01 AM
Sori, nak menyibuk jugak tapi bukan pengalaman sendiri tapi pengalaman isteri saya makan Salindah masa kandungan pertama. Sepanjang mengandung, tak nampak letih walaupun semasa sarat banyak bekejar ...

thanks sebab sudi share ngan kami semua kat sini

Asdira Publish time 21-4-2006 12:23 AM

just nak tanya..

kena amik masa kandungan 3 bln atau yg alahan teruk,bulan pertama tu dah boleh makan ke??

just nak tambah info dulu..

dideal_2004 Publish time 23-4-2006 11:53 PM

Originally posted by Asdira at 21-4-2006 12:23 AM
just nak tanya..

kena amik masa kandungan 3 bln atau yg alahan teruk,bulan pertama tu dah boleh makan ke??

just nak tambah info dulu..


kalau ikut kepada jadual pemakanan salindah
tak semestinya yg alah teruk jer kena amik salindah
semua pregnant lady boleh amik salindah

dan jadual pemakan salindah start bila usia kandungan masuk minggu ke-12 dan mulakan dgn pengambulan B1
anyway, kalau kandungan dah masuk minggu ke 10 pun dah boleh start amik

owencute Publish time 24-4-2006 05:11 PM

Originally posted by dideal_2004 at 20-4-2006 11:22 PM



su, mcm yg owen ckp tu
leh amik sama-sama b3 dan b4
cuma petua dia jgn kemam sama, pastikan ada jarak antara 2-3 jam
ikut dos yg ditulis di botol pastu kemam berasingan antara b3 dan b4

owen dulu tak jarakkan pun makan sekaligus terus...brutal hak aku ni

d_mima Publish time 26-4-2006 08:02 AM

Reply #202 miau's post

ya ler miau. mima pun cam tu. skrang baru masuk 6 bulan tapi bb aktif dr baru nk masuk 5 bulan lagi. mulanya ingatkan pasal anak ni lelaki tu yg dia aktif giler. tapi agaknya salindah ni pun ada nolong gak. dulu masa anak 1st tak der ler rasenya aktif cam ni. harap2 salindah ni akan tolong mima lahirkan anak 2nd ni dengan selamat. anak 1st dulu x mkn salindah. sakit kat labour room lama sanga. kena induce tapi jalan tak buka gak. masuk labour room kul 10 pg, kul 12.07 tgh mlm baru bb kuar. penat siot.....

d_mima Publish time 26-4-2006 08:05 AM

Reply #177 nanarahman's post

mima mkn salindah ni pun pasal kwn rekemenkan. Dua2 anak dia mkn salindah. Dia kata tak semestinya kita kemam. Mkn cam ubat biasa pun boleh. Mima pun ikut suka jer. Kekadang tu kemam,kadang tu telan ngan air..

d_mima Publish time 5-5-2006 08:22 AM

salindah

kat dlm thread ni asyik citer pasal pro salindah jer. Ada sesapa tau pasal kontra dia tak.. Nak gak tahu kot-kot ada...

mieyahmad Publish time 11-5-2006 01:24 PM

Salam Alaykum wr wbt,
Salam hormat semua..

Just nak share some info.. ada special report ttg "Rahsia Bersalin Mudah" di laman web http://www.mengandung.com.
So boleh dapat a lot of info tentang mengandung di sini.

Ok see u there!

Miey Ahmad

dideal_2004 Publish time 12-5-2006 12:49 AM

Originally posted by d_mima at 5-5-2006 08:22 AM
kat dlm thread ni asyik citer pasal pro salindah jer. Ada sesapa tau pasal kontra dia tak.. Nak gak tahu kot-kot ada...

eh tak la.. kami share pasal pro dan cons gak, cuba selak2 page sebelum
anyway mmg tak byk cons kot... heheheheh
Pages: 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 [13] 14 15 16 17 18 19 20 21 22
View full version: product salindah


ADVERTISEMENT