CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Ada Ancaman Bakar Kilang Kami' - Syarikat Pengedar Stoking

19-3-2024 04:34 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 11431| Komen: 128

Description: Kuala Lumpur: Syarikat pengedar stoking, Xin Jian Chang Sdn Bhd yang terbabit dengan kontroversi pengedaran stoking tertera kalimah Allah melahirkan kebimbangan kebocoran data peribadi pegawai di syar ...


Kuala Lumpur: Syarikat pengedar stoking, Xin Jian Chang Sdn Bhd yang terbabit dengan kontroversi pengedaran stoking tertera kalimah Allah melahirkan kebimbangan kebocoran data peribadi pegawai di syarikatnya.

Syarikat berkenaan dalam kenyataan memaklumkan, kebocoran data peribadi di laman sosial itu memaparkan alamat kediaman pengurusan tertinggi syarikat.

"Malah terdapat juga ancaman keganasan, termasuk membakar kilang kami dan membahayakan nyawa.

"Susulan itu, kami menyeru rakyat Malaysia untuk kekal tenang dan menahan diri daripada terbabit dalam sebarang bentuk keganasan dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan berdasarkan undang-undang," katanya.

Menjelaskan isu berkenaan, pihaknya mengesahkan kehadiran pihak polis di kilang berkenaan hari ini.

"Polis sudah melawat kilang kami di Batu Pahat, Johor, hari ini, dan kami akan terus membantu dalam siasatan mereka mengikut undang-undang negara.


"Kami memahami keseriusan situasi ini dan kepentingan untuk mengekalkan harmoni dan saling hormat dalam kalangan semua komuniti. Kami komited untuk menegakkan nilai-nilai ini dalam semua aspek operasi perniagaan kami," katanya.

Menurutnya kenyataan itu lagi, pihaknya mengambil iktibar daripada kejadian itu dan sedang melaksanakan langkah-langkah kawalan kualiti yang lebih ketat untuk mengelakkan kejadian serupa di masa depan.

"Kami juga sudah menghubungi pembekal kami di China untuk mendapatkan penjelasan dan mereka mengaku bahawa stoking yang bermasalah dimasukkan dalam pembelian kami secara tidak sengaja.

"Kami kini sedang mengkaji tindakan undang-undang untuk diambil ke atas pembekal kerana kelalaian mereka dalam menangani pesanan kami," katanya.

Semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka dua kertas siasatan berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah Allah di kedai serbaneka KK Super Mart, yang tular baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilaporkan berkata, setakat ini sebanyak 42 laporan polis diterima si seluruh negara.

Sabtu lalu, Pengurusan tertinggi KK Super Mart menyatakan kesal dengan insiden penjualan stoking yang tertera tulisan kalimah Allah di salah sebuah cawangannya di Bandar Sunway Pyramid, Petaling Jaya sebelum tular di media sosial.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AbukRokok 19-3-2024 04:35 PM
laaa kat batu pahat je dibuat
kata import dari China ?
Quote slavehunter 19-3-2024 04:38 PM
Boleh jer tulis Jesus or dewa krishna or topekong kat socks tu tapi nak juga tulis nama Tuhan kami.  Insecure much.
Quote Skuau 19-3-2024 04:52 PM
slavehunter replied at 19-3-2024 04:38 PM
Boleh jer tulis Jesus or dewa krishna or topekong kat socks tu tapi nak juga tulis nama Tuhan kami.  ...

...atau muka ahli politik depa...
Quote slavehunter 19-3-2024 04:58 PM
Edited by slavehunter at 19-3-2024 05:13 PM
Skuau replied at 19-3-2024 04:52 PM
...atau muka ahli politik depa...


Kann boleh jer print muka Tiong kat socks tu tapi nak juga.

This is one of the reason kenapa orang taknak Nuat jadi PM dan menteri selet pasal their mission asyik nak trash agama jadikan negara secular.
Quote Firenzza 19-3-2024 05:18 PM
slavehunter replied at 19-3-2024 04:58 PM
Kann boleh jer print muka Tiong kat socks tu tapi nak juga.

This is one of the reason kenapa ora ...

Sokong, patut letak nama & muka king kt tapak selipar jamban. Dia ok je tu x kesah katanya
Quote mawardia 19-3-2024 05:21 PM
Ala kau tetibe semuanya tak sengajaaaaa.
Quote slavehunter 19-3-2024 05:22 PM
Firenzza replied at 19-3-2024 05:18 PM
Sokong, patut letak nama & muka king kt tapak selipar jamban. Dia ok je tu x kesah katanya

Adehhh..   Tapak selipar jamban level nye.
Quote rainbowrainz 19-3-2024 05:27 PM
Padanlah muka khuensss...kalau kat tempat lain dah Lama ko kena kambus hidup2
Quote rainbowrainz 19-3-2024 05:28 PM
slavehunter replied at 19-3-2024 08:58 AM
Kann boleh jer print muka Tiong kat socks tu tapi nak juga.

This is one of the reason kenapa ora ...

Jangan cakap. sebab dorang ni buta perut banyak makan Bak KUT teh kot
Quote grouper 19-3-2024 05:29 PM
Mesti ada yg kena hukum untuk kes ni...baru boleh reda. Setakat boikot x guna sebab melibatkan pihak yg tak bersalah pun ada..
Quote dua_chzy 19-3-2024 05:36 PM
Yang ni memang bodoh lagik bangang level tahi kumbahan. How, how in the world kau tergamak print stoking gituh? Bodoh ka? Nama ja kaya berduit hada kilang tapi IQ 8 saja ka?
Quote JunkMail 19-3-2024 05:37 PM
Bila letak nama tuhan kita, dia kata kita sensitif..extremist sikit sikit nak bakar. Cuba kita pulak buat dia punya merusuh macam teraniaya habis layan racist katanya.
Quote cashewnut 19-3-2024 06:00 PM
Modus operandi yang macam boleh baca. Sendiri yang up nak bakor sendiri yang cakap orang lain nak bakar. Ini macam MO kat perak tu je. Polisi kasi humban dalam merasa barang seminggu dua la. Ini tidak adillll. Nak tangkap orang melayu aja. Cina dap main 3r menimbun boleh lepas. Kasi tangkap la ini tokey
Quote astatine 19-3-2024 06:10 PM
Tggu jelah siapa yg jd kambing hitam last2 nnt.
Quote slavehunter 19-3-2024 06:15 PM
rainbowrainz replied at 19-3-2024 05:28 PM
Jangan cakap. sebab dorang ni buta perut banyak makan Bak KUT teh kot

Is not about fighting rasuah mantra yang digunakan or negara bankrupt, only right mind can sense their agenda baru pegang setahun dah bermacam macam kes instigation inciting 3R.  The very same play book bore me to death.
Quote FOTHER-MUCKER 19-3-2024 06:54 PM
AbukRokok replied at 19-3-2024 12:35 AM
laaa kat batu pahat je dibuat
kata import dari China ?

stoking tu di bawa masuk dari negara China.
Quote otai_g 19-3-2024 07:11 PM
Kalo kilang kena bakar ok la tu. Kalo manusia kena bakar lg Naya mat. So nak pilih mn satu? Kilang ka manusia?
Quote Skuau 19-3-2024 07:11 PM
rainbowrainz replied at 19-3-2024 05:27 PM
Padanlah muka khuensss...kalau kat tempat lain dah Lama ko kena kambus hidup2


depa tau:'ada kamu bersama kami....buat apa kami bersama kamu...itu kalo xde untung'.
Quote kerunai 19-3-2024 07:13 PM
nasib la ada netizen bijak ari tu yg tanya pasal alamat kilang

sbb mustahil la stoking tu print kt overseas

mesti kt sini gak tu

Lihat semua komen(128)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 03:22 PM GMT+8 , Processed in 0.060416 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top